Monday, December 24, 2012

CUTI SEKOLAH DAH NAK ABISSS....

Tak sampai seminggu lagi sekolah dh nak mula. Mood naik sekolah dh mula terasa. Biasalah...bila cuti lelama ni rasa malas pulak. Dah sedap ddk rumah layan anak2 tercinta. Bangun pagi, kejut sembahyang subuh..Pastu make sure diaorang mandi dulu,barulah boleh buat aktiviti seterusnya... Huda, anak yg sulung mmg pandai dah buat keje rumah sikit2. Klu setakat teh tarik, neslo, milo..beri je pada dia. Kalah ibu dia punya skill. Masak nasi jgn cakap la...Ibu dia belum ke dapur..nasi dh siap masak. Tahun depan kakak dh 'busy'. 'Busy' pegi tuisyen sbb UPSR. Dh tak boleh nak suruh sangat... Fahmy pulak dh jadi bujang. Bujangla sangatttt. Cuti ni Fahmy bersunat. Senang je jaga si Fahmy ni. Bagi tilam, bantal, tablet tab. Senyap la dia. Kebetulan birthday dia jatuh cuti sekolah ni..tu yg demand semacam. Nak tab la bagaiii. Naik sekolah ni jgn harap dpt main tab tu..Ibu nyorokkan!! Aina pulak dah makin ligat kaki menari gaya K-pop. Asik2 joget lagu Gee dgn Oh!. Kemain lagi minah kecik ni. Suruh solat punya liat. Mcm2 alasan dia bagi. Kena marah baru nk buat. Mengada2 dgn ayah dia. Tapi Aina dh hafal Yassin 15 ayat. Alhamdulillah... Si kecik yang paling comel Iman mmg buah hati intan payung ibu. Sukalah Iman cuti sekolah ni. Dah la asik bekepit ngan ibu dia, ramai plak dayang2 yang melayan. Sekarang ni dh pandai merajuk...Asal tinggal sikit dh nangis. Mcm mana nk tinggal ngan Mama Ita ni..Ibu dh nk naik keje. Mr. Bob biasalah. Pegi keje balik keje. Bila off bawak kita org jejalan. Ala kalau Mr.Bob keje pun kitaorang boleh g jejalan sendiri. Cuti ni dpt la balik kg, pegi Wonderland Melaka, Hello Kity Town (tapi x sempt masuk sbb dh nk tutup-huhuhu) Aku plak? Apa ek aku buat cuti ni...Oooo mcm2 keje aku buat. Daripada tukang masak, tukang sapu, tukang kemas rumah...sampailah jadi akauntan, sales&marketing, doctor, teacher dan sebagainya dan sebagainya!

Friday, November 23, 2012

HOMESTAY IMPIANA MULA BEROPERASI

Assalamualaikum...bermula 1 November 2012 Homestay Impiana saya mula beroperasi. Mulanya tak terfikir pun nak buat bisness ni. Tapi itulah namanya rezeki yg tak disangka2. ALLAH bukakkan hati dan jalan utk menambah rezeki. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Bermula 2hb-4hb saya terima 1st guest dr Puspawati Risda. Then bersambung plak 5hb-6hb dgn student dr Yayasan Amin. 9hb terus smpi 17hb rezeki tak putus2. Mungkin cuti sekolah semua merancang bawa family melancong ke Johor. Lagi pun LEGOLAND, Hello Kitty Town dan JPO bru bukak. Akhirnya saya dan family tak dpt g mana2 cuti sekolah ni. Anak2 dh bising..kita tak cuti ke bu...? Sib baik ada guest nk booking seminggu ujung bln ni. Dptlah kita org cuti2 kat kg halaman. Lama x blk kg. Asik jd bibik je sbb kemas homestay. Tapi seronok jugak. Xtvt cuti sekolah...
Bilik Tido 2
Ruang tamu
Dapur
Bilik Utama

Monday, September 17, 2012

IMAN oh IMAN

IMAN dah 8 bulan. Mcm anak2 ku yang lain, IMAN sangat comel. Tapi kerana sejarah kelahirannya, IMAN tidak seperti bayi seusianya. IMAN perlukan banyak sokongan untuk merangsang perkembangannya. Setiap bulan IMAN akan ke hospital untuk menjalani fisioterapi. Alhamdulillah, IMAN sangat kuat. Dan...aku juga semestinya kena kuat dari segi mental dan fizikal. Aku tidak jemu berusaha dan berdoa agar IMAN akan sihat walafiat dan menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Monday, February 13, 2012

IMAN adalah Mutiara

AMIRUL IMAN cahayamata kami yg ke-4. Bagi kami setiap anak mempunyai cerita kelahiran tersendiri.  Tapi kelahiran IMAN mempunyai cerita yg paling menarik drpd anak2 yg lain.  Kami anggap ini dugaan ALLAH dan kami tempuhinya dengan redha.

Tanggal 7 Januari 2012 jam 5.00 pagi, aku sudah merasai tanda2 kelahiran darah bercampur lendir.  Tanda yang berbeza drpd abang dan kakak2nya.  8.00 pagi aku tlh tiba dihospital. 9.30 pg aku dimasukkan ke labour room.   Doktor mengesan degupan jantung baby. Normal. 10.15 pg doktor memberi arahan aku boleh melahirkan.  Sakit dan bisanya hanya Allah saja tahu.  Setelah hampir 20 minit bertarung nyawa IMAN tidak juga keluar.  Doktor, staff nurse dan beberapa org nurse membantu. Perutku dihenyak kuat oleh staff nurse. Sakitnya..Katanya takut baby naik semula ke atas.

10.57 pg IMAN selamat dilahirkan tapi aku tidak mendengar tangisannya.  Nurse segera membawa IMAN kluar.  IMAN tebelit tali pusat! IMAN perlukan bantuan oksigen.  IMAN dimasukkan kedlm inkubator.  Sedihnya melihat wayar berselirat di badan IMAN.  Aku berulang alik selama IMAN dihospital. Berpantang dihospital. Doa dan usapan tak pernah lekang untuk IMAN. Hari ke-12 IMAN dikeluarkan dr inkubator. Pada hari itulah pertama kalinya aku meriba IMAN. Tapi IMAN masih perlukan bantuan oksigen.  Hari ke -15 bantuan oksigen IMAN ditanggalkan. Syukur alhamdulillah. Hari ke-17 akhirnya IMAN dibenarkan keluar dr wad.  Syukur.

Semoga IMAN sihat walafiat dan menjadi anak yang soleh.

Friday, June 10, 2011

Episod baru kini bermula

Setelah hampir 2 minggu me'rehat'kan diri....maka bermula episod baru dengan semangat baru untuk meneruskan hari2 seterusnya.  Tugas2 hakiki perlu dilaksanakan sebagai kelangsungan hidup.  Wajah2 comel menanti di sana.  Teruja untuk mendalami erti kehidupan berdikarinya.

Seribu harapan setinggi impian ibu-ibu dan bapa-bapa terpikul dibahuku kini.....

Saturday, May 28, 2011

1st day

Aktiviti mengemas rumah bermula seawal 8.00 pagi.  Anak2 dh digerakkan awal2 biar xmalas2.  Sapu, mop lantai.  Lps tu cuci 3 toilet.  Kemas rak baju, basuh dan sidai baju.  Basuh porch. Siram bunga.  Wah! x sangka.  Punya kederat macam popeye lps makan bayam. 

Kul 11.30 pagi.  Penat mula terasa.  Kuatkan hati masak sbb Fahmy dah tanya "Ibu masak apa hari ni yek?"  X sampai ati la pulak.

1.30 tgh makan ngan anak2.  Ntah napa rasa x selera. Mungkin penat.  Lps solat paksa anak2 tido. Aina menangis2 x nak tido sbb nak tengok wonder pets nya.  Tapi tetido juga dia dgn air mata yg mengalir!

Kul 5.00 ptg, ajak anak2 kluar main kat Hutan Bandar MR.  Dinner tpt biasa...

Wednesday, April 27, 2011

Gundah-gulana

Tak tau kenapa sejak akhir-akhir ini, hati jadi tak menentu.  Puas difikir puas direnung apa agaknya puncanya.  Kadang-kadang boleh senyum, tapi selalunya emo... Rasa bersalah pada kawan-kawan.  Tapi siapa lah yang memahami apa yang sedang aku alami!