Friday, June 10, 2011

Episod baru kini bermula

Setelah hampir 2 minggu me'rehat'kan diri....maka bermula episod baru dengan semangat baru untuk meneruskan hari2 seterusnya.  Tugas2 hakiki perlu dilaksanakan sebagai kelangsungan hidup.  Wajah2 comel menanti di sana.  Teruja untuk mendalami erti kehidupan berdikarinya.

Seribu harapan setinggi impian ibu-ibu dan bapa-bapa terpikul dibahuku kini.....

Saturday, May 28, 2011

1st day

Aktiviti mengemas rumah bermula seawal 8.00 pagi.  Anak2 dh digerakkan awal2 biar xmalas2.  Sapu, mop lantai.  Lps tu cuci 3 toilet.  Kemas rak baju, basuh dan sidai baju.  Basuh porch. Siram bunga.  Wah! x sangka.  Punya kederat macam popeye lps makan bayam. 

Kul 11.30 pagi.  Penat mula terasa.  Kuatkan hati masak sbb Fahmy dah tanya "Ibu masak apa hari ni yek?"  X sampai ati la pulak.

1.30 tgh makan ngan anak2.  Ntah napa rasa x selera. Mungkin penat.  Lps solat paksa anak2 tido. Aina menangis2 x nak tido sbb nak tengok wonder pets nya.  Tapi tetido juga dia dgn air mata yg mengalir!

Kul 5.00 ptg, ajak anak2 kluar main kat Hutan Bandar MR.  Dinner tpt biasa...

Wednesday, April 27, 2011

Gundah-gulana

Tak tau kenapa sejak akhir-akhir ini, hati jadi tak menentu.  Puas difikir puas direnung apa agaknya puncanya.  Kadang-kadang boleh senyum, tapi selalunya emo... Rasa bersalah pada kawan-kawan.  Tapi siapa lah yang memahami apa yang sedang aku alami! 

Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah...

Syukur atas nikmat Allah yang telah mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.  Mudah-mudahan Allah panjangkan dan luaskan lagi rezeki untuk hari-hari yang mendatang. Amin. Sesungguhnya keikhlasan ini dalam perhatianMu Ya Allah.  Syukur alhamdulillah.

Tuesday, March 22, 2011

Cool Day...

2nd day keja. Dah mula cool sikit walaupun ada beberapa perkara yang masih belum dapat diselesaikan.  Lebih baik mengambil langkah "buat sekadar yang mampu" buat masa ni...

Tapi dalam kepala tengah berfikir macam mana nak settlekan beberapa persoalan yang masih belum ketemu jawapannya!

Monday, March 21, 2011

Isnin oh Isnin!

Setiap kali berjumpa dgn Isnin, hati tiba-tiba jadi tak keruan.  Isnin memang begitu. Bukan aku tidak suka dengan Isnin, tapi Isnin memang selalu datang tanpa dijemput. Tehegeh-hegeh Isnin datang.  Aku tak dapat menghalang kedatangannya.  Isnin penentu hari-hariku yang seterusnya....

Friday, March 18, 2011

Nabila Oh..Nabila

Saya ada seorang anak sedara.  Nama dia Nabila.  Nabila ni pakai 'spek'.  Umur baru 9 tahun.  tapi kuat baca buku punya pasal, kecik-kecik dh kena pakai 'spek'. Tebal plak tu...  Nabila ni suka kawan dgn anak saya, Fahmy!. baik sesangat dgan si Fahmy tu.  Tido pun klu bleh nk sebelah Fahmy!.. Hai x tau lah dh beso nanti mcm mana lah dia dgn si Fahmy tu!.  Bdk bedua ni sebaya... Semua benda..ke sana ke sini asikkkk dgan si Fahmy!. Sikit-sikit Fahmy..sikit-sikit Fahmy!...

Hari-hari mendatang..

Hari ni last cuti.  Arg malasnya nak mula keje Isnin ni...Bukan x mau keja @ x suka ngan keja tu...Tapi x tau kenapa perasaan tu mesti ada....

Thursday, March 17, 2011

Bersenang-senang

Ada masanya kita perlu melupakan tugas dan tanggungjawab di tempat kerja...Sekarang ni time cuti! Inilah masanya kita bersenang-senang...

Tuesday, March 15, 2011

Tempat yang menyenangkan.....

Huh..akhirnya tiba juga ke tempat yang menyenangkan.  Dpt blk kg.  Mcm jauh sgt.  Setakat JB-BP apalah sangat!  Tapi masa yg menjadikan ia JAUH. Aduhai...

Monday, February 21, 2011

Argh....

Meningkat lagi satu nombor pd angka usia....  Masih terasa cantik, muda hehehe....

Sunday, February 20, 2011

Umur hanyalah angka!

Kekadang kita segan nak beritahu orang umur yang sebenar.  Kenapa ek? Takut tua ke? Positiflah sikit dan yang paling PENTING kita mesti sedar yang kita memang dah TUA!  Jadilah seperti kelapa...makin tua makin pekat santannya.

Sunday, February 13, 2011

Mak datang..

Mlm tadi kul 9.30 mlm dpt call dr mak.  Dah tiba MR!. Apa lagi stat keta..dan meluncur dgn laju bersama 5 bungkus kuey teow Penang....

Wednesday, February 9, 2011

Susah juga...

Blk keje xcited nk update blog..Konon2 nk design yg blinking2..Puas cuba.  Nmpk gayanya kena berguru jugakla...Mmmm berkarat!

Tuesday, February 8, 2011

Aina oh Aina...

Anak saya yg bongsu..(ye ke...hehehe) Aina, ni manja bebeno ngan saya. Mengada2 betul.. Ptg tadi dia ckp saya 'demok'. Geram tul...Tau la ibu dia mmg dh 'demok'.  Saya pun merajuk la olok2.  tak sangka tgok respon dia bila saya merajuk... Terus dia peluk saya kuat2 n mintak maap.  Mana dia tau tah..mintak maap byk kali plak tu... Saya yg nk merajuk terus ketawa tgok keletah dia...Aina..aina...

Sunday, February 6, 2011

Semua nak buat sendiri....



Ini kawasan luar pagar rumah saya.  Pokok kesinai tu ada sejarahnya. Hanya tuan tanah je yang tau.  Pokok pandan mak yang bagi. Pokok puding renek tu Kak Ita yang bagi masa masuk rumah baru 3 tahun lepas.  Sepasu je dia bagi. Tapi berkat jejari kreatif dan 'sejuk tangan' cik abang, pokok tu hidup subur di halaman mini kami.  Bangku kecil tu pulak tempat saya dan cik abang 'dating'... Itu pun cik abang yang buat..
Pemanis ni ditempah khas kat Peserai, Batu Pahat. Jauh tu.... Harga?  Boleh tahanlah jugak..Tapi nak cantik punya pasal, sanggup ..... Cik abang saya boleh tahan jejarinya...semua nak buat sendiri...Saya? Tolong jek....tapi tolong tengok! Hehehe....Inilah hasilnya!





Siap pun! Nampak simple je kan..Itulah yang mampu...

Saturday, February 5, 2011

Sapa ek?

Tuan tanah sedang menikmati hasil..hehehe
Seorg yg simple, happy go lucky, kekadang angin satu badan dan agak kreatif...