Monday, December 24, 2012

CUTI SEKOLAH DAH NAK ABISSS....

Tak sampai seminggu lagi sekolah dh nak mula. Mood naik sekolah dh mula terasa. Biasalah...bila cuti lelama ni rasa malas pulak. Dah sedap ddk rumah layan anak2 tercinta. Bangun pagi, kejut sembahyang subuh..Pastu make sure diaorang mandi dulu,barulah boleh buat aktiviti seterusnya... Huda, anak yg sulung mmg pandai dah buat keje rumah sikit2. Klu setakat teh tarik, neslo, milo..beri je pada dia. Kalah ibu dia punya skill. Masak nasi jgn cakap la...Ibu dia belum ke dapur..nasi dh siap masak. Tahun depan kakak dh 'busy'. 'Busy' pegi tuisyen sbb UPSR. Dh tak boleh nak suruh sangat... Fahmy pulak dh jadi bujang. Bujangla sangatttt. Cuti ni Fahmy bersunat. Senang je jaga si Fahmy ni. Bagi tilam, bantal, tablet tab. Senyap la dia. Kebetulan birthday dia jatuh cuti sekolah ni..tu yg demand semacam. Nak tab la bagaiii. Naik sekolah ni jgn harap dpt main tab tu..Ibu nyorokkan!! Aina pulak dah makin ligat kaki menari gaya K-pop. Asik2 joget lagu Gee dgn Oh!. Kemain lagi minah kecik ni. Suruh solat punya liat. Mcm2 alasan dia bagi. Kena marah baru nk buat. Mengada2 dgn ayah dia. Tapi Aina dh hafal Yassin 15 ayat. Alhamdulillah... Si kecik yang paling comel Iman mmg buah hati intan payung ibu. Sukalah Iman cuti sekolah ni. Dah la asik bekepit ngan ibu dia, ramai plak dayang2 yang melayan. Sekarang ni dh pandai merajuk...Asal tinggal sikit dh nangis. Mcm mana nk tinggal ngan Mama Ita ni..Ibu dh nk naik keje. Mr. Bob biasalah. Pegi keje balik keje. Bila off bawak kita org jejalan. Ala kalau Mr.Bob keje pun kitaorang boleh g jejalan sendiri. Cuti ni dpt la balik kg, pegi Wonderland Melaka, Hello Kity Town (tapi x sempt masuk sbb dh nk tutup-huhuhu) Aku plak? Apa ek aku buat cuti ni...Oooo mcm2 keje aku buat. Daripada tukang masak, tukang sapu, tukang kemas rumah...sampailah jadi akauntan, sales&marketing, doctor, teacher dan sebagainya dan sebagainya!

No comments:

Post a Comment