Friday, June 10, 2011

Episod baru kini bermula

Setelah hampir 2 minggu me'rehat'kan diri....maka bermula episod baru dengan semangat baru untuk meneruskan hari2 seterusnya.  Tugas2 hakiki perlu dilaksanakan sebagai kelangsungan hidup.  Wajah2 comel menanti di sana.  Teruja untuk mendalami erti kehidupan berdikarinya.

Seribu harapan setinggi impian ibu-ibu dan bapa-bapa terpikul dibahuku kini.....

Saturday, May 28, 2011

1st day

Aktiviti mengemas rumah bermula seawal 8.00 pagi.  Anak2 dh digerakkan awal2 biar xmalas2.  Sapu, mop lantai.  Lps tu cuci 3 toilet.  Kemas rak baju, basuh dan sidai baju.  Basuh porch. Siram bunga.  Wah! x sangka.  Punya kederat macam popeye lps makan bayam. 

Kul 11.30 pagi.  Penat mula terasa.  Kuatkan hati masak sbb Fahmy dah tanya "Ibu masak apa hari ni yek?"  X sampai ati la pulak.

1.30 tgh makan ngan anak2.  Ntah napa rasa x selera. Mungkin penat.  Lps solat paksa anak2 tido. Aina menangis2 x nak tido sbb nak tengok wonder pets nya.  Tapi tetido juga dia dgn air mata yg mengalir!

Kul 5.00 ptg, ajak anak2 kluar main kat Hutan Bandar MR.  Dinner tpt biasa...

Wednesday, April 27, 2011

Gundah-gulana

Tak tau kenapa sejak akhir-akhir ini, hati jadi tak menentu.  Puas difikir puas direnung apa agaknya puncanya.  Kadang-kadang boleh senyum, tapi selalunya emo... Rasa bersalah pada kawan-kawan.  Tapi siapa lah yang memahami apa yang sedang aku alami! 

Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah...

Syukur atas nikmat Allah yang telah mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.  Mudah-mudahan Allah panjangkan dan luaskan lagi rezeki untuk hari-hari yang mendatang. Amin. Sesungguhnya keikhlasan ini dalam perhatianMu Ya Allah.  Syukur alhamdulillah.

Tuesday, March 22, 2011

Cool Day...

2nd day keja. Dah mula cool sikit walaupun ada beberapa perkara yang masih belum dapat diselesaikan.  Lebih baik mengambil langkah "buat sekadar yang mampu" buat masa ni...

Tapi dalam kepala tengah berfikir macam mana nak settlekan beberapa persoalan yang masih belum ketemu jawapannya!

Monday, March 21, 2011

Isnin oh Isnin!

Setiap kali berjumpa dgn Isnin, hati tiba-tiba jadi tak keruan.  Isnin memang begitu. Bukan aku tidak suka dengan Isnin, tapi Isnin memang selalu datang tanpa dijemput. Tehegeh-hegeh Isnin datang.  Aku tak dapat menghalang kedatangannya.  Isnin penentu hari-hariku yang seterusnya....

Friday, March 18, 2011

Nabila Oh..Nabila

Saya ada seorang anak sedara.  Nama dia Nabila.  Nabila ni pakai 'spek'.  Umur baru 9 tahun.  tapi kuat baca buku punya pasal, kecik-kecik dh kena pakai 'spek'. Tebal plak tu...  Nabila ni suka kawan dgn anak saya, Fahmy!. baik sesangat dgan si Fahmy tu.  Tido pun klu bleh nk sebelah Fahmy!.. Hai x tau lah dh beso nanti mcm mana lah dia dgn si Fahmy tu!.  Bdk bedua ni sebaya... Semua benda..ke sana ke sini asikkkk dgan si Fahmy!. Sikit-sikit Fahmy..sikit-sikit Fahmy!...